Thursday, October 15

Zikrullah..



Siapa tidak kenal ulama' agung Ahmad bin Hanbal.Pabila namanya disebut maka terngiang-ngiang di pemikiran semua dan neuron-neuron memori terus memancarkan stimulus-stimulus memori bahawa nama tersebut adalah pengasas kepada mazhab hanbali.Salah satu mazhab anutan Ahli Sunnah Wal Jamaah atau Sunni.

Beliau adalah ulama' yang diriwayatkan gemar merantau ke seluruh pelusuk tanah arab untuk mencari perawi-perawi hadith dan mencari juga mengumpul hadith-hadith Rasululluah SAW untuk di teliti dan di sampaikan kepada umat islam.Sabda Rasullullah SAW "balligh 3anni walau ayah".Maka perjuangan ilmu dan amal beliau berterusan sepanjang beliau bergelar ulama'.

Seperti biasa Imam Ahmad keluar untuk bermusafir,berjalan berbatu-batu jauhnya untuk mencari secebis ilmu,sepotong hadith.Pabila hari sudah malam suhu dan kesejukan persekitaran memaksa Imam untuk berhenti di sebuah masjid di sebuah perkampungan yang terletak di tengah-tengah perjalanan permusafiran.

Tiba di dalam masjid tuan Imam menunaikan solat,berzikir,beribadah kepada Allah SWT tuhan semesta alam yang wajib disembah.Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad SAW pesuruh Allah.Kelihatan juga, ramai jemaah yang turut bersama-sama dengan Imam Ahmad di situ.Setelah lama-kelamaan seorang demi seorang jemaah bersurai dan pulang ke rumah masing-masing.

Akhirnya tinggal tiga orang yang terus-menerus beribadah di dalam masjid.Imam Ahmad, seorang pemuda dan juga penjaga masjid.Pemuda tersebut amat bersungguh-sungguh dalam ibadahnya.Solat sunat demi solat sunat,munajat demi munajat dipersembahkan kepada Allah SWT tanpa rasa jemu.

Imam Ahmad tiada kenalan di kampung tersebut dan mengambil keputusan untuk tidur di dalam masjid kerana sejuknya udara,angin malam yang terasa sampai ke tulang.Si pemuda sudah mula bersiap untuk pulang.Apabila melihat Imam Ahmad tidak mahu beredar daripada masjid.Maka,penjaga masjid memarahi dan menghalau Imam Ahmad.Jika penjaga masjid tahu siapa beliau pasti dia tidak akan melakukan perkara tersebut.

Imam Ahmad mendesak dengan menggunakan alasan letih musafir,tiada kenalan,suhu malam yang sejuk dan merayu pada penjaga masjid agar membiarkannya bermalam hanya satu malam di situ.Akan tetapi segala permintaan Imam ditolak.Imam Ahmad dengan rendah dirinya,terus merahsiakan identitinya.

Beliau mengambil semua perkakasan musafir,besiap-siap untuk keluar dan berniat untuk berehat sahaja diluar masjid.Tanpa diduga Si pemuda menyapa Imam Ahmad dan mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya.Imam Ahmad menerima pelawaan si pemuda dengan hati yang senang.

Sepanjang perjalanan kerumah si pemuda,pemuda tersebut tidak putus-putus berzikir kepada Allah SWT.Imam Ahmad tidak pernah berjumpa dengan orang yang sebegini sungguhnya untuk berzikir.Dia tidak bercakap banyak,sepatah Imam bertanya sepatah juga beliau menjawab dan selepas menjawab persoalan si pemuda terus berzikir kembali.

Imam Ahmad amat kagum dengan sifat pemuda yang kuat berzikir itu.Pabila sampai di rumah pemuda,Pemuda menyediakan tempat tidur untuk Imam Ahmad.Semua makanan yang ada juga di keluarkan untuk menjamu tetamunya yang bagi si pemuda adalah orang tua musafir yang bernama Ahmad,tanpa mengetahui siapa identiti sebenar Imam Ahmad.

Seketika selepas itu,Imam Ahmad betanyakan soalan kepada pemuda."wahai pemuda aku lihat engkau ini tidak putus-putus berzikir kepada Allah,apakah sebab atau di manakah datang nya perasaan berkobar-kobar untuk menjalankan ibadah secara tidak henti-henti ini?".jawab pemuda tersebut.

"Sepanjang aku berzikir kepada Allah SWT,Allah SWT telah mencukupkan keperluanku,menunaikan segala hajat-hajat ku,apa sahaja yang kupinta dimakbulkan oleh Allah SWT."Imam Ahmad merasakan perasaan takjub terhadap apa yang dikatakan oleh si pemuda.Lalu si pemuda menambah.

"Walaupun semua hajat-hajatku dimakbulkan cuma satu sahaja permintaan ku yang masih belum dikabulkan oleh Allah SWT."Imam Ahmad meneruskan pertanyaan,"Apakah wahai pemuda?".Jawab si pemuda "hajatku adalah untuk pertemu seorang Ulama' 'alim yang aku sanjungi,IMAM AHMAD IBNU HANBAL".

Mengalir air mata Imam Ahmad mendengar susunan perkataan yang keluar daripada mulut si pemuda tadi.Lalu Imam Ahmad berkata,"Allah telah pun mengkabulkan permintaanmu wahai pemuda,akulah Imam Ahmad yang kau ingin temui selama ini...."

Cerita pendek ini mengajak kita untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmat dengan berzikir mengucapkan Alhamdulillah.Juga untuk terus berdoa kepada Allah untuk mengkabulkan permintaan kita.Allah berfirman,Sekiranya kamu bersyukur nescaya akan aku tambah bagi kamu.dalam ayat yang lain Berdoalah kepadaku nescaya akan ku maqbulkan segala permintaanmu.

Disini saya mengajak diri saya dan semua agar memperbanyak zikrullah dan doa kepada Allah.
Agar kita selalu mengingatiNYA,dan berharap supaya Allah mengingati kita di padang masyar yang kita sangat-sangat memerlukan pertolonganNYA nanti insyaAllah..Ameen ya rabbal Alamin.
Related Posts with Thumbnails