Thursday, November 19

Saya tidak mahu sakit...


Assalamualaikum,

Susunan beberapa faktor persekitaran yang membawa kepada penyakit khususnya di Tanta dan amnya di Mesir.


A) Sampah-sarap.

-Tempat membiaknya pembawa-pembawa penyakit merbahaya seperti lalat,nyamuk,dan tikus.

-Terdapat bacteria yang boleh meyebabkan gejala seperti demam panas, luka bernanah.

-Mungkin juga terdapat jarum suntikan,yang membawa penyakit seperti hepatitis,AIDS dan sbg.


Elakkan daripada mendekati kawasan ini



B) Asap (rokok, kenderaan,dan pembakaran terbuka).

-Menyebabkan sesak nafas, pening kepala, muntah-muntah,mata merah,dan sakit tekak.

-Memburukkan lagi pesakit lelah atau asthma.

-Asap daripada plastic yang dibakar dan rokok mengandungi karsinogen penyebab kanser.

-Asap kenderaan khususnya PLUMBUM (asap hitam) penyebab penyakit plumbumism.


Jangan merokok, berhenti merokok, dan elak daripada menghidu asap secara terus



C) Suhu yang sejuk.

-Menyebab turunnya suhu badan.

-Frost bite atau beku di hujung jari,hidung dan cuping telinga.

-Bell’s palsy atau sakit saraf, menyebabkan lumpuh yang sementara di kawasan yang terlibat.

-Lebih mudah mendapat selsema,demam,sakit sendi,dan otot kejang.


Pakai baju sejuk yang meliputi kawasan dada,tidur berselimut tebal, mandi 2-3 jam sebelum keluar rumah, elakan minuman sejuk.



D) Debu atau Habuk.

-Mengandungi kuman menyebab pelbagai penyakit. Daripada selsema biasa sehingga TB.

-Menyebabkan sakit mata,hidung dan tekak. -Menyebabkan pesakit lelah semakin teruk.

-Sesak nafas juga disebabkan oleh terhidu habuk dengan kuantiti yang banyak.


Bersihkan bilik tidur dan rumah daripada habuk, amalkan hidup bersih, elakan menghidu habuk secara terus dan kumur-kumur pabila terhidu.



E) Air.

-Ejen pembawa penyakit.Tempat membiak pelbagai kuman, parasit , dan serangga penyebar penyakit

-Air di Mesir mengandungi kandungan klorin yang tinggi.

-Menyebabkan radang kulit pabila terdedah dengan air kotor.

-Cirit-birit, muntah-muntah, dan taun adalah penyakit bawaan air.


Minum air yang telah dimasak, jangan berendam di sungai nil, jangan biarkan air bertakung, dan mandi air yang bersih



Sunday, November 15

Hari-hari sebelum berkorban

Assalamualaikum,

Firman Allah SWT dalam surah Al fajr

وَلَيَالٍ عَشْرٍ

Maksudnya Demi sepuluh malam


3 hari lagi kita akan masuk ke bulan zulhijjah yang mana pada awal bulan tersebut adalah bulan diantara bulan-bulan mulia islam,juga adalah satu daripada bulan-bulan haram.

Saya pesankan di sini, agar semua dapat memanfaatkan 10 awal zulhijjah yang menjanjikan banyak kelebihan.Merujuk kepada ayat surah Al-Fajr diatas sebahagian ulamak merujuk 10 malam tersebut adalah malam-malam 1 sehingga 10 zulhijjah


Juga saya pesankan agar dapat merebut peluang berpuasa pada hari 3arafah iaitu 9 zulhijjah yang mempunyai banyak kelebihan.Antara kelebihannya dinyatakan pada Hadith nabi Muhammad SAW.
Maksud Hadith:

Kelebihan puasa Hari Arafah(9hb Zulhijjah) diampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Hadith riwayat Imam Muslim.

Memori Aidil Adha tahun lalu.





Moga diberikan kekuatan untuk mengulangi ibadah korban pada tahun ini.Ameen.

selamat beramal..selamat berkorban,

Thursday, October 15

Zikrullah..



Siapa tidak kenal ulama' agung Ahmad bin Hanbal.Pabila namanya disebut maka terngiang-ngiang di pemikiran semua dan neuron-neuron memori terus memancarkan stimulus-stimulus memori bahawa nama tersebut adalah pengasas kepada mazhab hanbali.Salah satu mazhab anutan Ahli Sunnah Wal Jamaah atau Sunni.

Beliau adalah ulama' yang diriwayatkan gemar merantau ke seluruh pelusuk tanah arab untuk mencari perawi-perawi hadith dan mencari juga mengumpul hadith-hadith Rasululluah SAW untuk di teliti dan di sampaikan kepada umat islam.Sabda Rasullullah SAW "balligh 3anni walau ayah".Maka perjuangan ilmu dan amal beliau berterusan sepanjang beliau bergelar ulama'.

Seperti biasa Imam Ahmad keluar untuk bermusafir,berjalan berbatu-batu jauhnya untuk mencari secebis ilmu,sepotong hadith.Pabila hari sudah malam suhu dan kesejukan persekitaran memaksa Imam untuk berhenti di sebuah masjid di sebuah perkampungan yang terletak di tengah-tengah perjalanan permusafiran.

Tiba di dalam masjid tuan Imam menunaikan solat,berzikir,beribadah kepada Allah SWT tuhan semesta alam yang wajib disembah.Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad SAW pesuruh Allah.Kelihatan juga, ramai jemaah yang turut bersama-sama dengan Imam Ahmad di situ.Setelah lama-kelamaan seorang demi seorang jemaah bersurai dan pulang ke rumah masing-masing.

Akhirnya tinggal tiga orang yang terus-menerus beribadah di dalam masjid.Imam Ahmad, seorang pemuda dan juga penjaga masjid.Pemuda tersebut amat bersungguh-sungguh dalam ibadahnya.Solat sunat demi solat sunat,munajat demi munajat dipersembahkan kepada Allah SWT tanpa rasa jemu.

Imam Ahmad tiada kenalan di kampung tersebut dan mengambil keputusan untuk tidur di dalam masjid kerana sejuknya udara,angin malam yang terasa sampai ke tulang.Si pemuda sudah mula bersiap untuk pulang.Apabila melihat Imam Ahmad tidak mahu beredar daripada masjid.Maka,penjaga masjid memarahi dan menghalau Imam Ahmad.Jika penjaga masjid tahu siapa beliau pasti dia tidak akan melakukan perkara tersebut.

Imam Ahmad mendesak dengan menggunakan alasan letih musafir,tiada kenalan,suhu malam yang sejuk dan merayu pada penjaga masjid agar membiarkannya bermalam hanya satu malam di situ.Akan tetapi segala permintaan Imam ditolak.Imam Ahmad dengan rendah dirinya,terus merahsiakan identitinya.

Beliau mengambil semua perkakasan musafir,besiap-siap untuk keluar dan berniat untuk berehat sahaja diluar masjid.Tanpa diduga Si pemuda menyapa Imam Ahmad dan mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya.Imam Ahmad menerima pelawaan si pemuda dengan hati yang senang.

Sepanjang perjalanan kerumah si pemuda,pemuda tersebut tidak putus-putus berzikir kepada Allah SWT.Imam Ahmad tidak pernah berjumpa dengan orang yang sebegini sungguhnya untuk berzikir.Dia tidak bercakap banyak,sepatah Imam bertanya sepatah juga beliau menjawab dan selepas menjawab persoalan si pemuda terus berzikir kembali.

Imam Ahmad amat kagum dengan sifat pemuda yang kuat berzikir itu.Pabila sampai di rumah pemuda,Pemuda menyediakan tempat tidur untuk Imam Ahmad.Semua makanan yang ada juga di keluarkan untuk menjamu tetamunya yang bagi si pemuda adalah orang tua musafir yang bernama Ahmad,tanpa mengetahui siapa identiti sebenar Imam Ahmad.

Seketika selepas itu,Imam Ahmad betanyakan soalan kepada pemuda."wahai pemuda aku lihat engkau ini tidak putus-putus berzikir kepada Allah,apakah sebab atau di manakah datang nya perasaan berkobar-kobar untuk menjalankan ibadah secara tidak henti-henti ini?".jawab pemuda tersebut.

"Sepanjang aku berzikir kepada Allah SWT,Allah SWT telah mencukupkan keperluanku,menunaikan segala hajat-hajat ku,apa sahaja yang kupinta dimakbulkan oleh Allah SWT."Imam Ahmad merasakan perasaan takjub terhadap apa yang dikatakan oleh si pemuda.Lalu si pemuda menambah.

"Walaupun semua hajat-hajatku dimakbulkan cuma satu sahaja permintaan ku yang masih belum dikabulkan oleh Allah SWT."Imam Ahmad meneruskan pertanyaan,"Apakah wahai pemuda?".Jawab si pemuda "hajatku adalah untuk pertemu seorang Ulama' 'alim yang aku sanjungi,IMAM AHMAD IBNU HANBAL".

Mengalir air mata Imam Ahmad mendengar susunan perkataan yang keluar daripada mulut si pemuda tadi.Lalu Imam Ahmad berkata,"Allah telah pun mengkabulkan permintaanmu wahai pemuda,akulah Imam Ahmad yang kau ingin temui selama ini...."

Cerita pendek ini mengajak kita untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmat dengan berzikir mengucapkan Alhamdulillah.Juga untuk terus berdoa kepada Allah untuk mengkabulkan permintaan kita.Allah berfirman,Sekiranya kamu bersyukur nescaya akan aku tambah bagi kamu.dalam ayat yang lain Berdoalah kepadaku nescaya akan ku maqbulkan segala permintaanmu.

Disini saya mengajak diri saya dan semua agar memperbanyak zikrullah dan doa kepada Allah.
Agar kita selalu mengingatiNYA,dan berharap supaya Allah mengingati kita di padang masyar yang kita sangat-sangat memerlukan pertolonganNYA nanti insyaAllah..Ameen ya rabbal Alamin.

Friday, October 2

T-shirt Labuh Muslimah

PELBAGAI PILIHAN WARNA





SAIZ XXL


SAIZ L



SAIZ M



Saiz S


Harga sehelai

RM 35 (M'sia)

LE 60 (Mesir)

***beli 2 helai sehelai RM 33 (m'sia) ataupun LE 55 (mesir)


DAPATKAN SEGERA T-SHIRT MUSLIMAH ANDA YANG MENEPATI SYARAK
DAN SUNGGUH PRAKTIKAL KE MANA JUA.... EMELKAN@YM SEMUA TEMPAHAN KE nurulsyuhada_mn@yahoo.com TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA...
Related Posts with Thumbnails