Hanya ingin mengutarakan jawapan bagi satu komen yang saya fikir perlu diperjelaskan dengan lebih terperinci.Mahupun penjelasan yang terperinci tidaklah begitu sinonim dengan saya tetapi melalui ilmu yang sedikit di dada ini, rasa ingin berkongsi kefahaman dan mempunyai siratan harapan untuk membuka belenggu fikiran kita yang telah diserang oleh pemikiran barat selama ini.
Apakah contoh pemikiran barat? dan apakah hasil yang ingin mereka capai?
Seluruh 'ism-ism' adalah cabang daripada 'secularism' yang bermaksud pekeliling atau sesuatu yang mengelilingi, contoh MRR1 ( middle ring road ) atau jalan Tun Razak di Kuala Lumpur, jalan ini satu ketika dahulu dinamakan Secular road yang membawa maksud jalan yang mengelilingi.Lebih tepat lagi ia adalah jalan yang mengelilingi juga memisahkan antara Kuala Lumpur dan kawasan negeri selangor yang berhampiran.
Secularism moden yang dibawa oleh firaun moden Kamal Atarturk di Turki membawa agenda untuk memisahkan agama dan kehidupan duniawi.Ia amat bertentangan skali dengan ciri islam yang utama iaitu ad-deen membawa erti 'the way of life' islam adalah cara hidup.Pemikiran ini perlu ditolak sama sekali jika kita menggelar diri kita seorang muslim.
Patriotism ataupun bagi saya adalah 'selfish-ism'.Ini juga adalah pecahan pemikiran barat yang dalam strategi peperangan namanya 'divide and conquer'.Anggaplah saya seperti perancang barat atau firaun moden yang ingin menakluki satu kawasan.Perhatikan monolog berikut.
"i want to conquer pales*in, in their own islamic and racial region"
"i must divide them into multiple countries so that if their arab-islam brothers in pain and sufferings they'll say that is your country not mine! without considering they are the same race and more sadly the same religion"
"hahahaha ( evil laugh )"
Jelas bukan patriotism adalah 'selfish-ism' yang bersaiz besar sebesar satu negara!.Bagaimana sifat pentingkan diri yang amat negatif dianggap sesuatu yang positif dan diterima oleh masyarakat di seluruh dunia.Haaa..,itulah tandanya minda kita telah diserang dengan hebatnya oleh mereka-mereka yang mempunyai tujuan jahat.
Mana ukhuwwah kita? mana kasih sayang kita? yang diajar oleh Rasulullah (saw) dalam sunnah baginda.
المسلم من سلم المسلمون من لسانه و يده
صحيح البخاري))
"Muslim yang paling baik adalah yang menyelamatkan atau menjaga muslim yang lain daripada lidahnya dan tangannya"
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحبه لنفسه
(متفق عليه)
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya sepertimana dia sayang akan dirinya sendiri"
Buat pengakhiran, saya 'copy-paste' kan satu komen beserta jawapan saya, bukan untuk berhujah tetapi memberi kefahaman.Saya secara jujurnya tidak pandai berhujah, hanya ingin memberikan penerangan bukan penyerangan.Peace!
komen beliau:-
"cuma ingin bertanya lebih dalam, apakah yang "sebenar"nya dimaksudkan dengan "unity" dalam Islam mengikut hadith-hadith Rasulullah?PCT perlu mandiri, tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak, baru semua pelajar perubatan tanta akan bersama. Tapi, kalau PCT nampak berat ke arah mana-mana persatuan di mesir ini, maka para pelajar tidak lagi berminat dengan PCT."
Jawapan saya:-
saya bukanlah orang yang layak untuk membicarakan akan hadis-hadis nabi muhammad..
tidak layak,bahkan tidak mampu..begitulah lemahnya saya ini..
tetapi pandaagan saya adalah berdasarkan pandangan ulama' yang mana adalah pewaris nabi Muhammad SAW. Fatwa sheikh Qardawi, dalam membicarakan hal ta3adud jemaah atau berbilang-bilang persatuan.saya hanya menyandarkan hujah saya kepada beliau.
beliau mengatakan bahawa ta3adud jemaah adalah HARAM apabila 'tudhod'(berlawan antara satu sama lain) dan hanya dibolehkan pabila 'tanawwu3'(bercabang cth dlm satu persatuan ade jage kebajikan,akademik n sbg) atau 'ta3awun' (yang tolong menolong)
beliau mengatakan bahawa ta3adud jemaah adalah HARAM apabila 'tudhod'(berlawan antara satu sama lain) dan hanya dibolehkan pabila 'tanawwu3'(bercabang cth dlm satu persatuan ade jage kebajikan,akademik n sbg) atau 'ta3awun' (yang tolong menolong)
saya xkata kepada mana-mana persatuan secara spesifik..,akan tetapi itulah pegangan saya.
kalimah ini daripada seorang ustaz kenalan saya dan saya thiqah padanya.
Dalam satu kaedah fiqh
'tahsil hasil batil'
menghasilkan benda yang baru yang sudah ada sebelum ini adalah salah.
PCT tidak berkompromi dengan mana-mana persatuan,hanya di muhafazah kami perlukan DPMT hanya untuk urusan keselamatan,perumahan dan ukhuwwah kami selaku pelajar yang belajar bersama-sama dan membesar bersama-sama di bumi Allah tanta ini.ini pendapat saya,yang baik dr Allah...Wallahua'lam