Thursday, May 28
iman 20 sen
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah
dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di
Malaysia . Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk
pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di
dalam
bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki
yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen..
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen
tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada
dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli
tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas
tersebut pun berhenti. K etika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada
bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan
berpaling
ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi
kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada
pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! K enapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je
nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang
tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku
jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja
memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran
kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan
kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan
daku Ya Allah.... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20
sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di
atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita
terhadap orang lain. K adang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai
tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri
Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
Monday, May 18
gangguan syaitan ketika m'hadapi sakaratul maut...
Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayaakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:
Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut."
Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan, berkata dengan rayu-merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga."
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."
Berkata ulamak Syaitan: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami."
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
"Bagaimanakah Zat Allah?" Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .
Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. "
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Syaitan: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah."
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."
Thursday, May 14
Cara Rasulallah S.a.w
MENYEMBUHKAN PENYAKIT Petikan dari buku
Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan
menyembuhkan penyakit (Disusun Oleh : Ibnu
Qaiyum)
- PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu
perasaan runsing, gelisah,lapar dan tidak tidur
malam (bukan tujuan qiyamullail)
- MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan
menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau,
melihat air yang mengalir, melihat orang/barang
yang disayangi dan melihat buah (dedaun).
Perkara yang boleh menggelapkan pandangan
iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam),
menyambut waktu pagi dengan wajah murka
(masam), banyak menangis dan banyak membaca
tulisan yang kecil-kecil.
- PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan
kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak
mempunyai perasaan malu, banyak bertanya
tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara
yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu
menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.
- PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu
sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu
domba.
- PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya
rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam
selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu
sahur (masa sebelum masuk waktu subuh),
bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.
Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu
tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan
sembahyang, malas dan khianat.
- KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya
ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah
yang masam, tidur pada tengkuk (belakang
kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara
yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan
dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit
makan dan sedikit minum, mengawal makanan
dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta
mengurangkan kelebihan yang memberatkan
badan.
Wednesday, May 13
Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi
Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.
Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.
Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.
Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.
Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.
Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."
Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.
Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya.
Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.
Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap.
Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan 'muqorrobin' seperti golongan para nabi itu.
Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan 'abrar'.
Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu.
Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut: "Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."
Ia bermaksud: "Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu."
Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."
Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.
Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.
Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi.
Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?
Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata: "Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu."
Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi.
Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.
Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan.Oleh TG Nik Aziz Nik Mat
Monday, May 11
PENERBANGAN TERAKHIR
Assalamualaikum.....
MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN
· Tempat berlepas : Kehidupan dunia
· Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut
bumi.
· Destinasi : Akhirat
· Masa berlepas : Ketika di datangi Malaikat
· Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa di cabut
· Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah
SYARAT-SYARAT PERJALANAN
Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana
mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan didunia
dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang
dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas,
dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam
Al-Quran
dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati.
Sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.
BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN
* 5 meter kain kafan putih
* Kapas Putih yang secukupnya
* Muatan lain yang di pertimbangkan :-
- Amal soleh
- Sedekah jariah
- Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
- Ilmu yang manfaat
PERHATIAN
* Lain-lain muatan yang di tegah adalah tanggungjawab para
penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan di denda.
SAAT DAN WAKTU BERLEPAS
* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak
mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap
saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.
DIULANG
* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang
tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada
para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah
anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.
Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami
untuk menabur khidmat sepada anda semua.
Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik,sesuai dengan
firman ALLAH surah Al-Kahfi;
Ertinya : " Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan
Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik,
Janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu "
Sunday, May 10
RENUNGAN: Allah Sentiasa Menerima Doa
Firman Allah dalam Surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksudnya: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdo`alah kepadaKu nescaya Aku menjawab untuk kamu"
Mungkin akan ada yang bertanya: "Allah telah memberitahu bahawa Dia pasti menerima do`a sesiapa yang berdo`a kepadaNya namun mengapa masih ada insan yang berdo`a tetapi kesan do`anya tidak dapat dilihat secara zahir?". Untuk itu, maka para `ulama telah menjawab persoalan ini, antaranya, apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do`a) bukanlah bererti semestinya setiap do`a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon.. Bahkan do`a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah:
Maksudnya:
"Tidak ada seorang muslim pun yang berdo`a dengan sesuatu do`a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya."
Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya'la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan)
Menerusi hadith di atas, baginda Nabi s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa setiap do`a yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolak akan pasti diterima oleh Allah menerusi tiga keadaan berikut;
Pertama: Dimakbulkan segara di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdo`a. Ramai di kalangan insan yang memperolehi kurniaan. Hasil kesungguhan mereka berdo`a, Allah makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu pantas. Kadang-kalanya dilewat disebabkan hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah menerima do`a seseorang sekali dianggap mustahil oleh manusia.
Saturday, May 9
tarikh lahir kite sume :D
TARIKH LAHIR ANDA
Hidup manusia penuh dengan 1001 yang mampu diterokai. Hanya menerusi tarikh lahir saja, pelbagai cara dan taktik yang telah dikenal pasti untuk mengorek rahsia peribadi sesorang. Kali ini juga berkisarkan tentang tarikh lahir. Tidak seperti sebelumnya di mana kamu terpaksa mengira, mencampurkan atau sebagainya. Kali ini kamu tidak perlu bersusah payah. Tiap tarikh lahir sudah diletakkan di dalam kategori tertentu.
GRUP A1 | 01, 06, 11, 16, 21, 26, 31 |
Kamu beranggapan bahawa cinta adalah perkara terindah dalam hidup dan kamu suka bila jatuh cinta. Wah! Mungkin sebab itu kamu ni jarang benar boleh hidup tanpa cinta. Sebab itu juga kamu mudah untuk jatuh cinta atau memperoleh cinta baru setelah kecewa. Namun ini bukan pula bermaksud kamu ni jenis playboy/playgirl. Selalunya kamu akan setia pada yang satu tapi mudah sangat dikecewakan. Mungkin ini kerana kamu sentiasa beranggapan bahawa orang yang kamu sayang tidak benar-benar jujur terhadap diri kamu seperti mana kejujuran yang kamu berikan kepadanya. Selain itu, kamu juga gemar bersama teman-teman hinggakan kadangkala kamu sanggup kecewakan si dia semata-mata untuk tidak melepaskan peluang melakukan aktiviti kesukaan kamu bersama teman-teman. Dikalangan teman-teman, kamu sangat boleh diharap. Namun sikap panas baran melampau yang kamu miliki itu, membuatkan ramai yang tidak begitu menyenangi diri kamu dan itu adalah kelemahan paling besar yang kamu miliki. So, lepas ini kamu kenalah pandai-pandai kontrol sikit perasaan baran itu, jika tidak mahu teman-teman semakin menjauhkan diri dari kamu!
GRUP B2 | 02, 07, 12, 17, 22, 27 |
Impian dan cita-cita adalah perkara yang paling penting dalam hidup kamu. Malah kamu juga sanggup melakukan apa saja untuk memenuhinya. Itu adalah satu sikap yang positif untuk meraih kejayaan dalam hidup. Selain cita-cita dan impian, cinta juga dianggap sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupan kamu namun sifat kamu yang sentiasa inginkan seseorang yang sempurna membuatkan kamu sukar mencari teman yang sesuai. Kamu juga sukar untuk mempercayai orang lain. Dari segi persahabatan, teman-teman adalah sangat penting bagi kamu malah kamu sangat menghargai tiap persahabatan yang terjalin itu. Namun begitu, kamu bersifat perahsia di kalangan teman-teman. Kamu bukan seseorang yang mudah hendak berkongsi rahsia dengan orang lain, biarpun teman rapat kamu sendiri. Mungkin itu adalah sikap semula jadi yang kamu miliki. Tidak mudah percaya pada orang lain. Biasalah tu, takut dijaja sesuka hati pula. Selain itu, kamu juga sangat gemar berfikir secara mendalam tentang segala perkara yang berlaku. Kata orang tu, kamu akan mengambil masa sebelum melakukan sesatu tindakan kerana tidak mahu menyesal di kemudian hari.
GROUP C3 | 03, 08, 13, 18, 23, 28 |
Kamu beranggapan kehidupan adalah pemberian Tuhan yang indah dan kamu gemar untuk menikmati tiap apa yang kamu lakukan dalam hidup. Sikap peramah dan baik hati membuatkan kamu disenangi ramai namun kadangkala sikap kamu yang agak emosi membuatkan mereka kurang menyenangi sikap kamu itu dan seolah menjauhkan diri. Bukan mereka tidak sudi lagi berkawan dengan kamu tapi sikap kamu yang "angin satu badan" itu kadangkala membuatkan mereka rimas. Dalam perhubungan cinta pula, kamu dikatakan seorang yang jujur dan setia dalam percintaan. Tapi awas, kamu tidak dapat langsung menerima sebarang bentuk penipuan. Sekali kamu tertipu, kamu lebih rela kehilangan cinta itu buat selama-lamanya walaupun sayang itu masih ada di hati. Ini kerana kamu teramat mementingkan kejujuran dalam perhubungan. Bagi kamu, jika sekali kamu ditipu tak mustahil ia akan berlaku lagi di masa depan. Itulah prinsip yang kamu pegang kuat, termasuk juga dalam hubungan persahabatan. Usah cuba menikam kamu dari belakang, buruk padahnya nanti. Dari segi emosi, kamu mampu mengawal emosi diri kamu bila berada di samping si dia namun kadangkala keputusan yang kamu ambil menimbulkan kesan negatif pada si dia.
GROUP D4 | 04, 09, 14, 19, 24, 29 |
Dalam hidup, kamu sentiasa mempunyai matlamat yang hendak kamu capai. Malah kamu juga sangat mengambil berat tentang impian orang lain. Jadi tidak hairan jika kamu sanggup mengetepikan keinginan sendiri demi untuk memenuhi keinginan orang lain seperti keluarga dan teman rapat. Bagi diri kamu, teman-teman punya pengaruh besar dalam kehidupan kamu dan kamu juga sanggup membantu mereka dalam apa keadaan sekalipun. Bahkan kadangkala seolah-olah mementingkan teman daripada keluarga sendiri. Dari segi personaliti diri, kamu juga dikatakan sering kali dipengaruhi oleh emosi diri tapi hanya sekejap saja. Kata orang tu, cepat panas tapi cepat pula sejuknya. Mungkin ini disebabkan rasa kurang sabar yang kamu miliki hingga buatkan kamu selalu lupa diri.
GROUP E5 | 05, 10, 15, 20, 25, 30 |
Kamu seorang yang suka disayangi dan dimanjakan oleh orang teman yang rapat dengan kamu. Seperti juga dengan grup C3, kehidupan adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk dinikmati. Walaupun ada pahit maungnya namun semua adalah perkara normal dalam kehidupan. Tidak perlu ambil serius sangat. Selain itu, rupanya kamu suka enjoy untuk menghiburkan hati. Ops! jangan pula salah faham, ia bukanlah perkara yang negatif. Mungkin sekadar keluar bersama teman-teman atau melakukan aktiviti yang disukai untuk menghilangkan tekanan. Ini juga salah satu sebab mengapa kamu punya ramai teman malah kamu memang punya hobi untuk menambah koleksi teman-teman yang kamu sayangi. Keburukan kamu, punya pelbagai impian tapi tak berusaha keras untuk mencapainya, Ini juga disebabkan oleh sikap semula jadi kamu yang suka sangat mengambil mudah tentang sesuatu perkara. Sebenarnya kamu mampu memperoleh apa yang kamu impikan dalam hidup tapi selalunya ia tidak menjadi kenyataan kerana kamu sendiri tidak serius berusaha. Kamu juga gemar melakukan kerja separuh jalan. Untuk memiliki lebih banyak kejayaan di masa depan, kamu dinasihatkan agar lebih rajin berusaha dan cuba ubah sikap buruk kamu itu, demi kebaikkan diri kamu sendiri.
JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius | mudah mendisiplinkan diri sendiri |
suka mendidik dan dididik | badannya sihat tetapi mudah diserang selsema |
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik | bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya |
rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan | cukup sayang pada kanak-kanak |
suka smart, kemas dan teratur | suka duduk rumah |
bersifat sensitif, berfikiran mendalam | setia pada segala-galanya |
pandai mengambil hati org lain | perlu belajar kemahiran sosial |
pendiam kecuali telah dirangsang | cukup cemburu yang sangat tinggi |
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi |
|
FEBRUARI
berfikiran abstrak | mudah menpamirkan marahnya |
sukakan benda yang reality dan abstrak | tidak suka benda yang remeh-temeh |
inteligent, bijak dan genius | suka berkawan tapi kurang mempamerkannya |
berpesonality yang mudah berubah | sangat berani dan suka memberontak |
mudah menawan orang lain | bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya |
agak pendiam, pemalu dan rendah diri | pemerhatian yang tajam |
jujur dan setia pada segalanya | suka hiburan dan sukan |
keras hati untuk mencapai matlamat | suka benda yang bersifat seni |
tidak suka dikongkong | sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran |
mudah memberontak apabila dikongkong | berkecenderungan pada benda yang tahyul |
suka kegiatan yang lasak | amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros |
emosinya mudah terluka dan sangat sensitive | belajar untuk mempamerkan emosi |
MAC
berpesonaliti yang menarik dan menawan | pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam |
mudah didampingi | kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal |
sangat pemalu dan pemendam rasa | suka berangan-angan |
sangat baik secara semula jadi, | suka melancong |
jujur pemurah dan mudah simpati | sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi |
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran | kelam kabut dalam memilih pasangan |
suka pada kedamaian | suka dengan hiasan rumahtangga |
sangat peka kepada orang lain | punya bakat seni dalam bidang muzik |
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain | kencenderungan kepada benda yang istimewa |
tidak cepat marah dan sangat amanah | dan baik jangan terlalu moody |
tahu balas budi dan tahu kenang budi |
|
APRIL
sangat aktif dan dinamik | try control the emotion |
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal | kecenderungan bersifat dendam |
sangat menarik dan pandai manjakan diri | agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan |
punya daya mental yang sangat kuat | kuat daya ingatan |
suka diberi perhatian | gerak hati yang sangat kuat |
sangat diplomatik (pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masaalah orang) | pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain |
sangat berani dan tiada perasaan takut | berpenyakit disekitar kepala dan dada |
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah | sangat cmeburu dan terlalu cmeburu hingga ketahap merbahaya |
emosi cepat terusik |
|
MEI
kekerasan hati dan degil | tidak perlu dimotivasikan | fizikal yang baik |
kuat semangat dan bermotivasi tinggi | tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain | kelemahan sistem pernafasan |
pemikiran yang tajam | sangat manja dan mudah dipujuk | suka sastera, seni dan muzik serta melancong |
mudah marah apabila tidak dikawal | bersikap sistematik (otak kiri) | tidak berapa suka duduk dirumah |
pandai menarik hati orang lain dan snagat menarik perhatian | suka berangan | tidak boleh duduk diam |
perasaan yang amat mendalam | kuat daya firasat memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu | rajin dan bersemangat tinggi |
cantik dari segi mental dan fizikal | bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit | agak boros |
mempunyai daya tarikan yang tinggi | daya khayalan yang tinggi pemikiran tajam |
|
sering menjadi perhatian | pandai berdebat |
|
JUN
berfikiran jauh dan berwawasan | mudah berkawan dan pandai berkawan |
mudah ditawan kerana sikap baik | orang yang sangat tertib |
berperangai yang lemah lembut | pandai mempamerkan sikap |
mudah berubah sikap, perangai, idea, mood | mudah kecil hati |
idea yang terlalu banyak di kepala | mudah kena selsema |
bersikap sensitive | suka berkemas |
otaknya aktif (sentiasa berfikir) | cepat rasa bosan |
sukar melakukan sesuatu dengan segera | sikap terlalu memilih dan cerewet |
bersikap suka menangguh-nangguh | kurang mempamerkan perasaan |
bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik | lambat nak sembuh apabila terluka hati |
cepat marah dan cepat sejuk | suka kepada barang yang berjenama |
suka bercakap dan berdebat | mudah menjadi eksekutif |
suka buat lawak dan bergurau | kedegilan yang tidak terkawal |
otaknya cerdas berangan-angan | sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi saya tetapi menegur saya adalah kawan saya |
JULAI
sangat seronok didampingi | tinggi daya simpati |
banyak berahsia dan sukar dimengertikan terutamanya lelaki | pemerhatian yang tajam |
agak pendiam kecuali diransang | suka menilai orang lain dengan pemerhatian |
ada harga dan maruah diri | mudah dan rajin belajar |
tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan | suka muhasabah diri |
mudah dipujuk dan bercakap lurus | suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama |
sangat menjaga hati orang lain | suka mendiamkan diri |
sangat peramah | suka duduk dirumah |
emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya | suka tunggu kawan tapi tak cari kawan |
berjiwa sentimental | tak agresif kecuali terpaksa |
jarang berdendam | lemah dari segi kesihatan perut |
mudah memaafkan tapi sukar melupakan | mudah gemuk kawal tak kawal diet |
tidak suka benda remeh-temeh | minta disayangi |
membimbing cara fizikal dan mental | mudah terluka hati tapi lambat pulih |
sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang | terlalu mengambil berat |
layanan yang serupa dengan semua orang | rajin dalam membuat kerja |
OGOS
suka berlawak | sangat cemburu |
mudah tertawan kepadanya | daya pemerhatian yang tajam dan teliti |
sopan santun dan caring terhadap orang lain | cepat berfikir |
berani dan tidak tahu takut | fikiran yang berdikari |
orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan | suka memimpin dan dipimpin |
pandai pujuk orang lain | sifat suka berangan |
terlalu pemurah dan bersikap ego | berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat |
nilai harga diri yang sangat tinggi | sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk |
dahagakan pujian | cepat ditimpa penyakit |
semangat juang yang luar biasa | belajar untuk relax |
cepat marah dan mudah mengamuk | sangat kelam kabut |
mudah marah apabila cakapnya dilawan | suka mencari kawan |
SEPTEMBER
sangat bersopan santun dan bertolak ansur | sangat sensitif yang tidak diketahui | mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia |
sangat cermat, teliti dan teratur | orang yang banyak berfikir | suka sukan, hiburan dan melancong |
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik | daya pentaakulan yang baik | kurang menunjukan perasaannya |
pendiam tapi pandai bercakap | otak bijak dan mudah belajar | terluka hatinya sangat lama disimpan |
sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati | suka mencari maklumat | terlalu memilih pasangan |
sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur | kawal diri dari terlalu mengkritik | sukakan benda yang laus |
kerja yang dilakukan sangat sempurna | pandai mendorong diri sendiri | bersistematik |
OKTOBER
suka sembang | tidak suka terima pandangan orang lain |
suka orang yang sayang padanya | emosi yang mudah terusik |
suka ambil jln tengah | suka berangan & pandai bercakap |
sangat menawan & sopan santun | emosi yang kelam kabut |
manja | daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) |
kecantikan luar & dalam | suka melancong, bidang sastera & seni |
tidak pandai berbohong & berpura-pura | pengasih, penyayang & lemah lembut |
mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan | romantik dlm percintaan |
sentiasa berkawan | mudah terusik hati & cemburu |
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama | ambil berat tentang orang lain |
cepat marah | suka kegiatan luar |
pentingkan diri sendiri | orang yang adil |
tidak menolong orang kecuali diminta | boros & mudah dipengaruhi persekitaran |
suka melihat dari perspektifnya sendiri | mudah patah semangat |
NOVEMBER
banyak idea dalam perkara | pandai muhasabah diri |
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya | cara berfikir lain dari orang lain |
berfikiran kehadapan | otak yang sangat tajam |
berfikiran unik dan bijak | pandai mendorong diri sendiri |
penuh dengan idea-idea yang luarbiasa | tidak hargai pujian |
pemikiran yang tajam | kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya |
daya firasat yang mendalam dan tinggi | badan yang tough |
bagus untuk jadi doktor | kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam |
cermat dan teliti | romantik |
personaliti dinamik | tidak pasti dengan hubungan kasih sayang |
sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia | suka duduk dirumah |
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra | sangat rajin dan berkemampuan tinggi |
berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran | amanah, jujur setia dan pandai berahsia |
terlalu degil dan keras hati | tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi |
apabila hendak, pasti diusahakan sehingga berjaya | bercita-cita tinggi |
tak suka marah kecuali digugat | perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah |
mudah ambil berat terhadap orang lain |
|
DISEMBER
sangat setia dan pemurah | sangat jujur amanah dan bertolak ansur |
bersifat patriotic | tidak pandai berpura-pura |
sangat aktif dalam permainan dan pergaulan | cepat marah |
sikap kurang sabar dan tergesa-gesa | perangai yang berubah-ubah |
bercita-cita tinggi | tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi |
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi | Benci pada kongkongan |
seronok didampingi | suka berlawak |
suka bercampur dengan orang | pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik |
suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai |