Monday, August 15

Wasiat Satu Dinar Empat Puluh Tujuh Dirham


Bismillah
Assalamualaikum

Kepada sesiapa yang tidak mengenali beliau, beliau adalah pejuang agung agama islam yang menjadikan kehidupannya semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah adalah yang tertinggi dan kalimah golongan kafir yang terendah. Dikenali sebagai penakluk yang agung wira peperangan salib dan pembebas masjid Al-aqsa!. Siapa lagi jika bukan Salahuddin Al Ayubi.

Sebagai seorang raja penakluk yang agung beliau tidak kelihatan seperti itu, habis kesemua hartanya di infak untuk jalan Allah. Hanya sebuah peti besi sahaja yang sentiasa di bawa bersama ke mana sahaja beliau pergi. Ramai yang beranggapan bahawa kotak tersebut tersimpan di dalamnya harta yang tidak ternilai harganya!. Beliau menyimpan peti tersebut hinggalah hampir ajalnya.

Sebelum beliau meninggalkan dunia yang fana ini, beliau berpesan kepada menteri kanan yang paling dipercayai untuk membuka peti tersebut dan pada peti tersebut terdapat wasiatnya. Setelah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiadalah harta yang ditinggalkan untuk anak serta saudaranya melainkan hanya satu dinar dan empat puluh tujuh dirham sahaja.

Kain kafan pun tidak cukup untuk dibeli dengan jumlah itu, dan kain kafannya dihadiahkan oleh menteri tersebut. Apabila dibuka peti besi milik Salahuddin maka terlihatlah apa yang di bawa oleh beliau di mana ia berada ketika beliau masih hidup. Peti yang di sangka penuh dengan harta rupa-rupanya penuh dengan tanah dan debu!, dan terdapat jua sepucuk surat.

"Tanah dan debu ini adalah tanah dan debu yang terlekat
pada baju besiku dan pakaianku selama aku berjuang
di jalan jihad, aku simpan selepas setiap kali habis berjuang,
ambillah tanah ini dan dijadikan tanah yang 

melapik tubuhku apabila aku ditanam nanti"


Subhanallah, memang layaklah beliau bergelar pemimpin yang agung!. Moga pengorbanan dan sifat zuhud beliau di contohi oleh pemimpin-pemimpin akhir zaman ini. Allah menjanjikan perlindungan arash kepada pemimpin yang adil di hari di mana tiada perlindungan melainkan perlindungannya. 

النبي صلى الله عليه وسلم قال :
 " سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله ، إمام عادل...إلى آخر الحديث 
Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah oleh perlindungannya,
pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya.
Pemimpin yang adil...hingga akhir hadith.


Terima kasih.والله أعلم

Related Posts with Thumbnails