Friday, July 29

Ruh yang bersujud kepada Allah

Bismillah
Assalamualaikum,


Tahukah kita kemana ruh kita pergi apabila kita tidur?

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال : ' الأرواح تعرج في منامها إلى
السماء فتؤمر بالسجود عند العرش فمن كان طاهرا سجد عند العرش
'ومن ليس بطاهر سجد بعيدا عن العرش
- رواه البخاري في التاريخ الكبير -

Ruh-ruh akan keluar daripada jasad semasa tidur menuju ke
langit dan diperintahkan kepadanya untuk sujud.
diantara mereka yang suci, maka ia akan bersujud di 'arash
dan sesiapa yang tidak suci ia akan sujud jauh daripada 'arash
diriwayat oleh Iman Bukhari

Bersuci di sini dimaksudkan dengan berwudu' selari dengan hadith Nabi Muhammad SAW.

 قال رسول الله صلى الله عليه و سلم من بات طاهراً بات في شعاره ملك
'فلم يستيقظ إلا قال الملك .'اللهم اغفر لعبدك فلان فإنه بات طاهراً'
- رواه الطبراني -

Sesiapa yang tidur dalam keadaan bersuci, maka dia telah tidur di dalam 
perlindungan malaikat, dan apabila ia bangun maka malaikat berkata
" Ya Allah ampunilah hambamu ini kerana telah tidur dalam 
keadaan bersuci" Diriwayat oleh Tabrani

Berwudu'lah sebelum tidur, Agar ruh-ruh kita bersujud di 'arash 
Allah dan Moga-moga Allah ampunkan dosa kita semua.Amiin


Related Posts with Thumbnails