Friday, June 4

Jangan Tunggu..[marratan saniah]

Untuk Ammar..,
Teman seperjuangan
Bismillah,,

Alhamdulillah selesai sudah satu 'major' subjek saya pada tahun ini.Kalimah suci alhamdulillah yang saya ucapkan ini bukanlah petanda kepada kemenangan atau pengakhiran akan tetapi ia adalah satu petanda bahawa perjuangan 3ilmu yang tidak kunjung putus ini sudah sampai kepada fasa akhir bagi sesi 08/09 tahun 4 saya di sini.Apabila dikenangkan kembali sudah 4 tahun saya berada di sini,mendalami ilmu Allah yang diberikan secebis cuma kepada hambanNYA yang amat lemah ini.

Astaghfirullahal3azim pabila saya mengenangkan pemergian sahabat kita semua yang baru sahaja menemui Allah (moga dibawah naunganNYA) , saya disini masih lagi mendapat nikmat ukhuwwah islamiah yang masih utuh dihati mahasiswa Tanta perubatan juga julusan agama.Malunya saya kerana tidak mensyukuri nikmat ukhuwwah ini yang mana mengiringi nikmat iman dan islam..Allahuakbar,saya amat berharap akan almarhum akan sentiasa di ingati di dalam doa harian kita,"kenanglah daku dalam doamu" itulah yang akan saya ucapkan jika sayalah yang menemui ajal.


Saya di sini ingin menguacpkan rasa kagum saya kepada ukhuwwah yang telah ditunjukkan oleh sahabat-sahabat saya yang berada di Kaherah, pelbagai produksi , kata-kata , blog , derma , dan segala macam usaha yang dibuat bagi mengenang yang telah pergi.Allah sahaja yang boleh membalas jasa-jasa yang kamu semua lakukan.Saya disini hanya dapat mengabadikan Allahyarham Amar hanya dengan perkataan dan ayat sahaja."Manusia hanya akan dikira mati jika tiada siapa yang akan mengingatinya" itulah kata-kata yang saya pegang tulisan dan doa saya ditujukan kepadanya.




Apa yang saya dapat dalam ujian Allah ini?


1.kalo ade wat silap ngn ahli beyt , kawan-kawan jgn tgu untuk minta maaf


2.kalo ade hutang dengn sesiapa sahaja jgn tgu untuk byr


3.kalo ade hajat yang belum tertunai jgn tgu untuk menunaikannya


4.kalo terfikir nak call family , jgn tgu,,,call trs ( da kol family da minggu ni?,harini? )


5.kalo ade bende baik yang nak buat , jgn tgu..buat trs.


6.kalo ade bende jahat nak buat jgn tgu trs mengucap dan beristighfar byk3 kali (Rasullullah SAW pun 70 kali sehari)


Kerana ajal maut tiada sesiapa yang tahu , bersedialah...


-Allah's weakest slave-




Related Posts with Thumbnails