Tuesday, April 7

Adab-adab Smart circle

Segala amalan manusia di bumi Allah ini adalah ibadah.Maha suci Allah yang menciptakan segala langit dan bumi ini, dan menciptakan manusia dan jin di dalamnya adalah untuk beribadah kepadaNya.Konsep ibadah sepertimana yang telah kitra ketahui terbahagi kepada dua:-

1. Ibadah khusus ( solat , puasa , zakat , dan sbg)
2. Ibadah umum (perkara harian yang dilakukan yang diniatkan melakukannya kerana mendapat keredhaan Allah)

Oleh yang demikian , Smart circle ini jika diniatkan sebagai ibadah dan sunnah ia akan menjadi amalan kita yang cukup besar disisi Allah dan rasulya seperimana firman Allah.mafhumnya,

"Beramallah , sesungguhnya Allah akan melihat amalan-amalan tersebut (juga disaksikan oleh) Para rasul dan orang-orang yang beriman."


Disini sy lampirkan beberapa adab-adab SC yang mana jika beriltizam dengan sc itu sendiri dan juga mengamalkannya sesempurna mungkin maka, pada hari akhirat nanti kita akan mempersembahkan satu ibadah atupun sunnah rasullullah SAW yang mana ibadah ini akan disaksikan oleh Allah dan rasulya.Alangkah gembira nya kita jika amalan ini akan adalah satu-satunya amalan yang memberatkan mizan @ timbangan amalan kebaikan kita jika tanpa nya kita akan dicampakkan kedalam api neraka.Nauzubillahi min zalik,,

1. Mengikhlaskan niat hanya kepada Allah

Maksudnya:

"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya semua menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untukNya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan solat serta menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang benar."
(Al-Bayyinah : 5)

Sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya:

"Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang dia niatkan."
(Muttafaq ‘alaih)

2. Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah anggota atau tempat diadakan majlis usrah. Firman Allah Taala:

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah engkau semua memasuki rumah yang bukan rumah-rumah mu sendiri, sehingga engkau semua meminta izin terlebih dahulu serta mengucapkan kepada ahlinya (orang yang ada di dalam)."
(An-Nur : 27)


3. Datang ke majlis tepat pada waktu yang dijanjikan atau ditetapkan.


Sabda Rasulullah s.a.w.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tanda orang munafiq itu tiga, iaitu jikalau berkata dia berdusta, jikalau berjanji dia memungkiri dan jikalau di amanahkan dia khianat."


4. Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan, bersih, suci serta sempurna.


Maksudnya :

Dari Abu Malik Al-Asy’ari r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Bersuci itu separuh dari keimanan."
(Muslim)

Perkara ini diperlukan supaya :

o Senang untuk mendirikan solat.

o Memudahkan apabila memegang Al-Quran dan ayat-ayatnya dalam teks usrah.

o Jauh dari gangguan syaitan… dapat berbincang tanpa dipengaruhinya.


5. Datang ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup untuk menunaikannya. Firman Allah s.w.t:


Maksudnya:

"Dan penuhilah perjanjian kerana sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya."
(Al-Isra’ : 34)


6. Mendahului majlis dengan membaca Al-Fatihah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Maksudnya :

"Dan daripada (Abu Hurairah) dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tiada sesuatu kaum pun yang duduk di suatu majlis yang mereka itu tidak berzikir kepada Allah Taala dalam majlis tadi, juga tidak mengucapkan bacaan selawat kepada Nabi mereka di dalamnya, melainkan atas mereka itu ada kekurangannya. Jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan menyiksa mereka dan jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan mengampunkan mereka."

Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa hadith ini adalah hadith hasan.


7. Berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman bagi diamalkan dan disampaikan kepada orang lain… kecuali perkara yang rahsia.


Maksudnya:

"Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga."
(Muslim)

8. Akhiri majlis dengan membaca Tasbih Kaffarah dan surah Al-‘Ashr secara sedar dan memahami serta menghayati maknanya.

Maksudnya:

"Dari Abu Barzah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda pada penghabisannya jikalau beliau s.a.w. hendak berdiri dari majlis yang ertinya: "Maha Suci Engkau ya Allah dan saya mengucapkan puji-pujian pada Mu. Saya menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau, saya mohon ampun serta bertaubat padaMu."
Kemudian ada seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah! Sesungguhnya Tuhan mengucapkan sesuatu ucapan yang tidak pernah Tuan ucapkan sebelum ini. "Beliau s.a.w. bersabda: "Yang demikian itu adalah sebagai kaffarah (penebus) dari apa saja yakni kekurangan-kekurangan atau kesalahan-kesalahan – yang ada di dalam majlis itu."

Di riwayatkan oleh imam Abu Daud juga diriwayatkan oleh imam Hakim iaitu Abu Abdillah dalam kitab Al-Mustadrak dari riwayat Aisyah r.a. dan ia mengatakan bahawa hadith ini adalah shahih isnadnya.


Kesimpulannya disini, kita melihat betapa indahnya islam menyusun kehidupan manusia. Ini juga membuktikan bahawa Islam adalah satu cara hidup yang sempurna. Sama-samalah kita mempraktikan "teori-teori" ini untuk membentuk sebuah akhlak yang sempurna.

selamat ber'sc'!!!

Related Posts with Thumbnails