Saturday, April 4

Usrah @ Smart Circle..pengenalan

Usrah adalah perkataan dari bahasa arab yang membawa maksud Keluarga. Konsep Usrah membawa kepada makna yang luas. Namun tujuan utama ia adalah untuk mengikat hati2 kerana Allah, sebagaimana ia adalah sunnah Rasullulah s.a.w. Usrah bertitik tolak pada permulaan dakwah islamiah yg dilakukan secara sembunyi (sirr) iaitu di rumah Al-Arqam Abi Arqam, ia adalah siri pertemuan antara Rasulullah dengan para sahabat untuk menyampaikan dakwah Islam. Tetapi pada zaman Rasulullah dan para sahabat ia tidak disebut sebagai 'usrah' namum pendekatan yang dibawa adalah sama.


Konsep Usrah yang lebih luas diperkenalkan oleh Imam Hassan Al-Banna, dengan memperkenalkan beberapa sistem (manhaj) perlaksanaannya dengan mengadakan beberapa aktiviti yg membawa manusia untuk berukhuwwah kerana Allah, sehingga ukhuwwah yang dibina hingga ketahap aku adalah kamu dan kamu adalah aku. konsep ini bertepatan dengan hadis, Rasulullah bersabda:


“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:

” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim).


Konsep usrah kepada mahasiswa islam di Mesir Khususnya kepada mahasiswa perubatan telah di taba'kan ataupun di"copy n paste"kan ke dalam Smart circle ataupun ringkasannya SC.


Untuk memenuhi konsep tersebut, Tiga(3) rukun Usrah perlu dipenuhi. Iaitu:

1.Al-Ta’aruf iaitu berkenalan.

Al-Ta’aruf ertinya berkenalan secara paling mendalam yang menimbulkan kasih sayang dengan tujuan Al-Hubbufillah. Sebagaimana firman Allah Taala:

Maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara…"

Dan Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:

"Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat-menguat di antara setengah dengan setengah yang lain."

Di samping itu sikap mahabbah mesti dibuktikan dalam amalan dan penghayatan bukan sekadar teori semata-mata.

Al-Ta’aruf iaitu kenal mengenal daripada bab mufa’alah (daripada dua belah pihak) Salbi dan i~jabi (memberi dan menerima). Kenal yang benar-benar, tahu selok-belok tentang saudara kita, supaya kita membuat dan bertindak untuk mengarah sesuatu yang sesuai dengannya.

2.Al-Tafahum iaitu bersefahaman

Al-Tafahum daripada bab mufa’alah juga, adalah menjadi tujuan usrah iaitu supaya membuatkan satu sikap, satu tindakan hasil daripada sama-sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jama’ah dan disusuli dengan nasihat menasihati di antara saudara, (Ad-Dinul Nasihah). Awas jangan sama sekali nasihat menasihati ini menimbulkan apa-apa perasaan yang tidak senang kepada salah satu daripada yang lain, baik yang memberi atau yang menerima

3.Al-Takaaful iaitu saling bantu membantu.

Rukun ini merupakan dasar membela nasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela, maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh saudaranya. Takaaful ini merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan, dan merupakan intisari dari ukhuwwah yang murni. Cuba saudara-saudara teliti sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:

"Sesungguhnya seseorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf dimasjid aku ini selama sebulan."

Selamat ber'sc'!!!
Related Posts with Thumbnails