Sunday, July 5

courage..

courage

Sudah 3 bulan saya dan hampir 800 rakan-rakan saya di fakulti perubatan universiti Tanta tahun 4 sesi 2008/2009 ber'imtihan'..sudah tidak sanggup lagi rasanya menatap dan menelaah buku-buku yang tidak akan habis untuk selamanya..

Kerana jika sudah habis dibaca perlu diulang, diulang dan terus diulang agar ilmu yang sedikit itu kekal dan mudah-mudahan mendapat berkat..Allah~

Mahupun begitu dengan kehadiran atau boleh saya kata kebanjiran adik-adik di Tanta, kesunyian peperiksaan tidaklah mendalam kerana ada yang masih dan baru sahaja menduduki peperiksaan.Teruskan usaha kepada 'tahun 1 batch 2nd wave'.

Mungkin Allah tangguhkan kedatangan kamu semua ke sini untuk menemani senior-senior juga untuk sama-sama berjuang dalam peperiksaan.

Moga dengan kebersamaan ini kita semua mendapat satu 'encouragement' untuk terus berjuang.Semua nasihat ini SAYA lontarkan kepada SAYA agar SAYA memperoleh semangat baru untk peperiksaan yang mendatang nanti.Juga amnya kepada semua.

Teringat saya satu hadith sohih.

Mafhumnya, Sahabat bertanya "ya Rasulullah apakah kata-kata yang paling baik?" Jawab Rasulullah SAW "kata-kata yang paling baik adalah bercakap benar dihadapan pemimpin yang zalim"

Bagi saya yang mempunyai pengetahuan agama yang amat-amat cetek ini merasakan hadith ini sesuai pabila kita selarikan dengan permintaan Tuan Guru Murshidul Am untuk mengadakan debat.

Sama-samalah kita fikir-fikirkan kaitan hadith di atas dan berdoa agar Allah memberikan saya dan kita semua "COURAGE" sepertimana Ahli badar untuk meneruskan saki baki hidup dan perjuangan ini.Ameen~
Related Posts with Thumbnails