Sunday, February 21

Fish in water , Bear in a cage

Pengacau

Study medic memang sangat-sangat membebankan,menyakitkan hati.Kalau study kejap je mudah untuk ter'dictract'.I mean pelbgai macam distraction yang ada di sekeliling kita,sama ada kita sedar ataupun tidak.

'Distraction' atau saya istilahkan ke bahasa melayu bermaksud pengalih tumpuan, lebih mudah lagi jika saya sebut sahaja sebagai pengacau.Daripada yang bernyawa seperti manusia hinggalah kepada yang tidak seperti laptop, pc, dan sebagainya.

Itu belum lagi sempurna kerana, saya belum lagi menyebut 'pengacau' yang paling utama.

"Internet"

Kita lebih muyul atau mudah memilih melayari internet dan laman-laman sosial yang ada daripada terus thabat dan istiqamah dalam study.betul x??

Pengalaman sendiri

Saya adalah seorang yang amat-amat sukar untuk memberi tumpuan pada study.Lagi-lagi jika xm lambat dan jauh lagi, maka tiada motivasi yang boleh dilihat di depan mata.Saya hanya study last minit (PERSELAM) persatuan study last minit seMesir, iaitu semasa hampir menghadapi xm.

Di sini bukanlah saya mahu menggalakkan, cuma mahu mengingatkan kepada semua bahawa jangan tiru macam saya.Saya sendiri menyesal setiap tahun kerana perkara tersebut.xtidak percaya??tanya ahli beyt..

Banyak motivasi yang saya dengar dan saya hayati agar tidak mahu terjebak dengan PERSELAM.Tetapi apakan daya saya susah untuk berubah.

Takdir Allah SWT yang menentukan dan saya amat bersyukur, kerana saya terdengar satu lagi motivasi dalam kelas tutorial pediatric chest saya.Ia adalah satu metafora atau perlambangan yang amat menarik minat saya.Kandungannya bukan sahaja untuk mengelakkan PERSELAM bahkan mengingatkan saya akan kepentingan dan kemurnian bidang yang saya ambil iaitu Perubatan.

ceritanya pendek, dalam subtopik seterusnya.

Fish in water , Bear in a cage
Jika anda teliti gambar diatas, yang anda akan dapati adalah seekor beruang yang dalam keadaan bosan yang hanya berfikir dan terus berfikir mencari jalan untuk meloloskan diri dari sangkar.

Cuba teliti gambar, anda akan dapati di dalam sangkar itu (jika tidak nampak) terdapat semua yang diperlukan untuk beruang itu hidup.Air, makanan, pokok-pokok, tempat teduh, dan sebagainya.

Akan tetapi beruang mahu juga keluar.cuba lihat gambar ikan dibawah

Ikan berenang dengan tenang, walau bagaimana kurangnya makanan, tempat teduh, dan pelbagai kekurangan ikan tidak pernah berfikir untuk keluar daripada air.

Kerana air adalah kehidupannya~..bukan itu sahaja, dia memerlukan air untuk hidup.Jika dipaksa keluar semestinya ikan akan menolak.Bahkan jika keluar ikan akan mati.

Renungan

Setelah meneliti kedua-dua keadaan beruang dan ikan,ayuh kita renungkan kehidupan kita sebagai pelajar perubatan.kita semua menjadikan kehidupan ini sebagai bear in a cage bukan sebagai fish in water.

Maksud saya adalah, jika kita study, kita mudah untuk hilang tumpuan dan lebih suka untuk melakukan perkara lain selain daripada study.Seperti beruang yang ingin melakukan apa sahaja untuk keluar daripada sangkar.Ini disebabkan oleh kita menganggap study itu adalah sangkar yang mengurung kita.

Maka ambillah contoh ikan (bukan suh jd ikan) yang mana menjadikan air yang di sekelilingnya itu kehidupannya, dia tidak boleh hidup tanpa air.Jadilah pelajar perubatan yang menyamakan study dengan kehidupan, yang mana tidak lengkap seharian dalam hidupnya tanpa study.Subhanallah...

Kerana semuanya hanya dalam kotak pemikiran dan mind setting masing-masing,pilihlah perumpamaan yang terbaik.Tepuk dada tanya iman.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) kepada mereka yang berfikir"
-Al quran-
Related Posts with Thumbnails