Thursday, February 25

Malam bersama senior

Abang- abang
(Isra',Hamdan,Akmal,Iqbal)

Assalamualaikum...salam maulidurrasul.

yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.

Itulah pepatah yang sering kita semua dengar.Aplikasinya apabila kita dilanda kesedihan seperti kehilangan sesuatu yang amat bermakna di hati sanubari kita.contoh terdekat saya adalah pabila kucing kesayangan keluarga kami 'pergi' setelah Allah SWT mentakdirkan kemalangan keatasnya.

Saya dikhabarkan melalui telefon oleh mama, sedih itu terasa tetapi tidaklah sampai menitiskan air mata.Sehinggalah saya terdengar tangisan mama yang cuba dia sembunyikan, tidak tertahan air ma*a saya.Saya bukanlah sedih kerana kematian tersebut tetapi perasaan anak kepada seorang ibu membuatkan air ma*a mengalir jua.

Bukanlah sedih,tetapi berkongsi kesedihan...

Sebelum pergi jauh daripada tajuk, saya teruskan apa yang saya ingin sampaikan.Bagi saya pepatah di atas tidak boleh sama sekali diguna pakai jika ingin menenangkan hati atas kehilangan abang-abang senior.

Kerana apa?..kerana bagi saya mereka tiada pengganti, tiada siapa yang boleh menggantikan mereka di sisi saya.Walaupun kami berjauhan tetapi kehangatan ukhuwwah amat terasa sehingga saya merasakan bahawa baru semalam saya sampai ke bumi mesir ini, dan merekalah yang membuka seluas-luas dakapan mesra untuk menyambut ketibaan saya yang membuatkan saya merasa saya bukanlah keseorangan.

Tidak perlu ceritalah akan jasa-jasa yang mereka taburkan pada saya sehingga saya menjadi saya yang seperti hari ini.Merekalah antara warna-warni yang mewarnai hidup saya.

Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa kalian.Moga Allah SWT memberkati kehidupan kalian dengan kebahagian yang berterusan di dunia dan di akhirat.Juga saya mohon kepada Allah supaya memberikan rezeki yang melimpah luas kepada kalian dalam bentuk harta yang berkat dan anak-anak yang soleh.Allahumma amin.

Marilah sama-sama kita menghayati subtopik seterusnya..,

pemergianmu..Muhammad pesuruh Allah

Tiada siapa yang setandingmu wahai kekasih Allah.Pemergianmu adalah satu kehilangan kepada kami umatmu, pemergian dirimu tanpa pengganti bahkan tiada siapa dapat menggantikanmu wahai rasul kekasih Allah.

Amat-amat tidak layak diri ini untuk menyatakan sayang dan rindu padamu ya Rasulullah akan tetapi kasih sayangmu kepada kami tidak boleh dinafikan lagi.Ini dibuktikan pabila ajal mahu menjemputmu masih lagi engkau ingat akan kami umatmu ya Rasulullah.

Seluruh kehidupan kami adalah daripada titik peluhmu, Islam kami adalah daripada titisan darahmu, dan kami ingin menjadi sepertimu, menitiskan air mata kerana takut kepada Allah.Terus beribadah walaupun Allah telah menjanjikan syurga kepadamu.

Kami tidak sayang diri kami sendiri sepertimana
engkau menyayangi kami ya Rasulullah.


Allahumma solli 3ala saidina Muhamm
ad. 3alaihi sollatu wassalam.


Kami berjanji akan berubah menjadi umat yang terbaik sepertimana yang disebut-sebut di dalam Al-Quran iaitu "Khairuummah".Amin ya rabb.

Pesanan terakhir...

Abang Isra',

"Ruh ukhuwwah datang daripada ulamak, diturunkan kepada ustaz-ustazah, dan sampai kepada kita maka suburkanya dan bawa pulang ke malaysia"

"Belajarlah bagaimana menyentuh jiwa manusia, Jadilah seorang doktor yang mana bukan sahaja menyembuh penyakit luaran bahkan doktor yang boleh menyembuhkan penyakit hati"


Abang Iqbal,

"Seboleh-bolehnya menampal skill-skill yang kurang dan yang tidak boleh didapati disini"

"Dekati masjid sebagai satu jalan untuk stress management"


Abang Akmal,

"Bumi Mesir adalah transition dari remaja kepada dewasa, disinilah tempatnya untuk membina akhlak dan sahsiah yang unggul"

"Terimalah Mesir sebagai rumah yang utama"

"Dunia ini sangat luas,luas daripada apa yang kita fikirkan,explore the world and live your life to the fullest"


Abang Hamdan,

"Orang mesir sangat colorful, daripada sebaik-baik manusia hingga kepada sejahat-jahat manusia, jangan cepat menghukum, be fair to judge egyptians"

"kebaikan orang mesir adalah mereka talkactive, ringan mulut untuk bertanya dan bersembang, skill ini adalah amat crucial sebagai seorang doktor"

"Syukuri segala nikmat yang kita kecapi, dekat dengan faqir miskin (patient) akan memupuk sikap syukur dalam diri kita"

"Penuhilah masa dengan perkara berfaedah, kejarlah ilmu dan kemahiran yang ada di bumi mesir"

"Kunci survival di Mesir adalah solat subuh, jika kita menjaganya maka, segala apa cabaran dan dugaan akan dihadapi dengan tenang"

terima kasih abang-abang..............(speechless~)

kami...


Related Posts with Thumbnails