Monday, July 25

Wanita Solehah : Permata Lelaki Beriman

Bismillah
Assalamualaikum

Di era ini pengaruh yang terbesar terhadap pemikiran manusia adalah media eletronik. Manakan tidak, secara purata setiap rumah pasti akan memiliki sebuah Televisyen. Walaupun terdapat banyak kebaikan yang mungkin kita peroleh daripadanya akan tetapi sedarkah kita banyak serangan pemikiran yang dilakukan oleh golongan tertentu yang dirancang secara rapi bagi mengalpakan umat islam.

Perkara maksiat menjadi biasa, dosa menjadi habit, isteri orang dipelukan suami orang lain dan pendedahan aurat menjadi fesyen yang dianggap moden. Sedikit demi sedikit perkara maksiat ini meresap masuk ke dalam budaya kita tanpa kita sedari. Anak-anak kecil jika ditanya "adik nak jadi ape besar nanti?" jawapan yang kerap didapati adalah nak jadi penyanyi, dan artis.



Budaya menyanjung artis, menjadikan mereka idola, dan berusaha sedaya upaya untuk kelihatan seperti mereka telah menjadi darah daging di dalam masyarakat kita. Sebagai satu contoh cara pemakaian yang mencolok mata dan mendedahkan aurat, perkara ini merupakan bala yang bukan sahaja merosakan si pendedah bahkan masyarakat akan menjadi rosak dengan melihatnya!!.

Jika 'role model' adalah artis maka mereka akan mengikut sunnah artis, seperti yang kita tahu adalah satu jalan yang mengundang murka Allah. Ada juga artis yang masih lagi menjaga batas syarak tidak dinafikan tetapi secara keseluruhannya?, Hancur!. Ayuh sama-sama kita doakan saudara seislam kita yang berada di kancah kemaksiatan agar dapat kembali ke pangkal jalan, sepertimana rakan-rakan mereka yang telah insaf.Amin.

Marilah kita kembali ke jalan yang telah  di anjurkan oleh nabi kita Muhammad, ketika diturunkan ayat ke 34 surah At-taubah, Nabi Muhammad telah menceritakan sesuatu tentang perihal wanita. Baginda menyatakan bahawa wanita adalah harta bagi lelaki yang beriman.

"Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak"

Nabi Muhammad bersabda, "ingin kamu semua tahu apakah yang bernilai di sisi lelaki beriman?". Nabi bersabda lagi "wanita yang solehah", dan terus bersada :

التي اذا نظر اليها سرته, واذا أمرها اطاعته, واذا غاب عنها حفظته
"wanita solehah, apabila kamu melihatnya, kamu merasa bahagia,
dan apabila kamu menyuruhnya (kebaikan) dia pasti akan taat,
dan apabila kamu tinggalkannya dia pasti akan menjaga
kehormatannya dan kehormatanmu."

Wahai wanita walaupun hadith ini ditujukan untuk wanita yang telah bersuami, mulalah daripada sekarang, bentuklah dirimu, dan hiasilah dengan akhlak seperti yang ditunjukan para isteri nabi.  Jadikanlah pesanan Nabi ini sebagai panduanmu, bukan panduan golongan yang jauh daripada rahmat dan dekat dengan maksiat. Moga-moga umat ini akan terhindar daripada bala Allah yang akan menimpa jika wanita-wanita yang ada padanya rosak.Nauzubillah.

Terima kasih.والله أعلم


Related Posts with Thumbnails