Tuesday, May 5

Hati-hati...

Bismillah pembuka bicara..

Sekitar kes-kes kecurian yang berlaku di kawasan kejiranan kita yang perlu kita ambil cakna.Setiap yang berlaku disekeliling kita adalah cara Allah SWT berkomunikasi dengan kita untuk kita mengambil 'ibar daripada perkara tersebut.Sebagai contoh sy sebut sedikit disini terdapat ya..,sebilangan pelajar Malaysia yang agak kaya dimana mereka-mereka ini sengaja menunjuk-nunjuk kekayaan mereka seperti telefon bimbit yang mahal , duit , dan sebagainya kepada masyarakat arab,sepertimana yang kita tahu di mesir ini purata gaji bagi seorang adalah tidak mencukupi melainkan membuat dua pekerjaan.(pesanan..xya tunjukla yea,bahaya!)

Teringat kembali kata-kata senior saya Dr Senu, dia berpesan..tidak akan lengkap kehidupan di mesir ni jika tiada 3 perkara:-

1.Jatuh daripada bas
2.Beg duit di curi
3.Ditipu arab

Saya pada mulanya menggangap ini adalah jenaka semata-mata "xkan la kot,xmola kene bende2 cm2" ujar sy."enta jangan berlagak dulu tunggu 6 tahun disini mesti ade punye" dia membalas.perkara yang sy ingn sampaikan disini adalah sikap penipuan dan budaya mencuri arab telah diakui oleh mereka yang berpengalaman dikuatkan lagi dengan arab mesir sendiri yang mengakui kelemahan bangsa mereka sendiri.(sy da ditipu arab berkali-kali sampai xsedar da bape kali terutama time tanye tempat tggu tremco dan arah , juga kene copet beg duit sekali so tinggal satu lagi tuk complete!! )




Sekadar untuk bercerita, semasa saya berada di round public health.Saya bersama Sa3id Mady dan Sa3ad Mukhtar (kawan arab sama kumpulan).Semasa kami berbincang berhampiran pintu masuk MARKAZ TIBBI 'AM SYARIE' SAID kami didatangi oleh seoprang wanita berniqab membawa seorang anak.

"ma3ak rosid" wanita itu berkata maksudnya ade kredit x?..
"La wallah" ujar Sa3id maksudnya sumpah demi Allah xde..
"ana wallahi 'andi mahmul we bas mafish rosid ana 'aizah akallim ma'a had"
sambung wanita itu maksudnye aku ade handset tp cume xde kredit je nk ckp ngn sorg ni..
"yalla,,mafish ya maa mafish..salaam ya ma"sa3id meninggikan suara maksudnya
dah2 xde la pergila pergi2..

Saya malizi yang baik sopan marah kat Sa3id sebab dia halau makcik niqab tu.Saya dengan baik hati nye nak bagi handset sy kt makcik tu.tiba-tiba Sa3id rampas handset sy dan berkata

"lau tegibha mahmulak musHatgiblak tani"

maksudya kalau kau bagi dia handset ni kau tidak akan dapat balik...saya terkejut lalu sambung Sa3id maksudnye cmnila mls da nk type bhs 3ammi nk kene tulis maksud plak..nanti dia akan amek masukkan dalam baju dia pas2 kalo kau nak balik nanti die akan tuduh kau nak cabul die..so nanti sape yang lebih dipercayai..seorang wanita yang membawa anak dan berniqab atau kAu..fikirla syafiqq!!..sy tergamam dan mengambil masa untuk meng'absorb' kata-kata Sa3id.sy ckp dalam hati "cmni arab-arab mesir kebanyakan mereka tidak boleh dipercayai...

Kepada semua sahabat yang saya kasihi sekalian agar dapat mengambil pengajaran dari apa yang sy type kat atas..ni la yang terbaik sy boleh buat bagi memahamkan kamu semua kondisi sekarang di Mesir.Disamping sibuk menelaah buku mata pelajaran yang tidak akan sudah-sudah,soal keselamatan janganlah dianggap "second priority" yeaa..siiiruu 3ala barakatillah wa astaghfirullah~..

ma3assalamah,,
Related Posts with Thumbnails