Friday, July 29

Ruh yang bersujud kepada Allah

Bismillah
Assalamualaikum,


Tahukah kita kemana ruh kita pergi apabila kita tidur?

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال : ' الأرواح تعرج في منامها إلى
السماء فتؤمر بالسجود عند العرش فمن كان طاهرا سجد عند العرش
'ومن ليس بطاهر سجد بعيدا عن العرش
- رواه البخاري في التاريخ الكبير -

Ruh-ruh akan keluar daripada jasad semasa tidur menuju ke
langit dan diperintahkan kepadanya untuk sujud.
diantara mereka yang suci, maka ia akan bersujud di 'arash
dan sesiapa yang tidak suci ia akan sujud jauh daripada 'arash
diriwayat oleh Iman Bukhari

Bersuci di sini dimaksudkan dengan berwudu' selari dengan hadith Nabi Muhammad SAW.

 قال رسول الله صلى الله عليه و سلم من بات طاهراً بات في شعاره ملك
'فلم يستيقظ إلا قال الملك .'اللهم اغفر لعبدك فلان فإنه بات طاهراً'
- رواه الطبراني -

Sesiapa yang tidur dalam keadaan bersuci, maka dia telah tidur di dalam 
perlindungan malaikat, dan apabila ia bangun maka malaikat berkata
" Ya Allah ampunilah hambamu ini kerana telah tidur dalam 
keadaan bersuci" Diriwayat oleh Tabrani

Berwudu'lah sebelum tidur, Agar ruh-ruh kita bersujud di 'arash 
Allah dan Moga-moga Allah ampunkan dosa kita semua.Amiin

Wednesday, July 27

6 Balasan Beristighfar

Bismillah
Assalamualaikum



Dalam surah Nuh ayat ke-10 hingga ke-12 Allah memberitahu kita balasan beristighfar. Setiap balasan akan diulas mengikut ayat secara ringkas.

"Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, 
sesungguhnya Ia Maha Pengampun"

Pertama : Allah akan memberikan keampunan kepada kita dan kepada sesiapa yang Dia kehendaki kerana Allah Maha Pengampun.

"(jika kamu beristighfar) Ia akan menghantarkan hujan lebat
 mencurah-curah, kepada kamu"

Kedua : Allah akan menurunkan rezeki daripada langit berupa hujan yang mencurah-curah . Kerana Allah adalah Maha Pemberi Rezeki.



"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya 
harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi 
kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu
 sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)"

Ketiga : Kepada faqir miskin dan yang memerlukan jika beristighfar Allah akan memberi mereka rezeki.

Keempat : Sebagai penawar kepada kesusahan mendapat anak dan kemandulan. Subhanallah.

Kelima : Balasan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi untuk mereka yang beristighfar. Ini merupakan balasan yang paling besar. Adakah balasan yang lebih besar daripada syurga Allah?!.

Keenam : Allah akan memberikan sungai-sungai di dalam syurga kepada para mustaghfirin dan mereka akan kekal di dalamnya.

Jom istighfar~!

Monday, July 25

Wanita Solehah : Permata Lelaki Beriman

Bismillah
Assalamualaikum

Di era ini pengaruh yang terbesar terhadap pemikiran manusia adalah media eletronik. Manakan tidak, secara purata setiap rumah pasti akan memiliki sebuah Televisyen. Walaupun terdapat banyak kebaikan yang mungkin kita peroleh daripadanya akan tetapi sedarkah kita banyak serangan pemikiran yang dilakukan oleh golongan tertentu yang dirancang secara rapi bagi mengalpakan umat islam.

Perkara maksiat menjadi biasa, dosa menjadi habit, isteri orang dipelukan suami orang lain dan pendedahan aurat menjadi fesyen yang dianggap moden. Sedikit demi sedikit perkara maksiat ini meresap masuk ke dalam budaya kita tanpa kita sedari. Anak-anak kecil jika ditanya "adik nak jadi ape besar nanti?" jawapan yang kerap didapati adalah nak jadi penyanyi, dan artis.



Budaya menyanjung artis, menjadikan mereka idola, dan berusaha sedaya upaya untuk kelihatan seperti mereka telah menjadi darah daging di dalam masyarakat kita. Sebagai satu contoh cara pemakaian yang mencolok mata dan mendedahkan aurat, perkara ini merupakan bala yang bukan sahaja merosakan si pendedah bahkan masyarakat akan menjadi rosak dengan melihatnya!!.

Jika 'role model' adalah artis maka mereka akan mengikut sunnah artis, seperti yang kita tahu adalah satu jalan yang mengundang murka Allah. Ada juga artis yang masih lagi menjaga batas syarak tidak dinafikan tetapi secara keseluruhannya?, Hancur!. Ayuh sama-sama kita doakan saudara seislam kita yang berada di kancah kemaksiatan agar dapat kembali ke pangkal jalan, sepertimana rakan-rakan mereka yang telah insaf.Amin.

Marilah kita kembali ke jalan yang telah  di anjurkan oleh nabi kita Muhammad, ketika diturunkan ayat ke 34 surah At-taubah, Nabi Muhammad telah menceritakan sesuatu tentang perihal wanita. Baginda menyatakan bahawa wanita adalah harta bagi lelaki yang beriman.

"Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak"

Nabi Muhammad bersabda, "ingin kamu semua tahu apakah yang bernilai di sisi lelaki beriman?". Nabi bersabda lagi "wanita yang solehah", dan terus bersada :

التي اذا نظر اليها سرته, واذا أمرها اطاعته, واذا غاب عنها حفظته
"wanita solehah, apabila kamu melihatnya, kamu merasa bahagia,
dan apabila kamu menyuruhnya (kebaikan) dia pasti akan taat,
dan apabila kamu tinggalkannya dia pasti akan menjaga
kehormatannya dan kehormatanmu."

Wahai wanita walaupun hadith ini ditujukan untuk wanita yang telah bersuami, mulalah daripada sekarang, bentuklah dirimu, dan hiasilah dengan akhlak seperti yang ditunjukan para isteri nabi.  Jadikanlah pesanan Nabi ini sebagai panduanmu, bukan panduan golongan yang jauh daripada rahmat dan dekat dengan maksiat. Moga-moga umat ini akan terhindar daripada bala Allah yang akan menimpa jika wanita-wanita yang ada padanya rosak.Nauzubillah.

Terima kasih.والله أعلم

Wednesday, July 20

Sebesar-besar usaha



Bismillah
Assalamualaikum

Lithuania adalan sebuah negara di eropah yang bersempadan dengan Poland dan Belarus. Negara kecil ini amat terkenal dengan percutian kesihatannya yang mempunyai sejarah selama 200 tahun. Akan tetapi pada 1995 negara kecil ini telah membuat satu kejutan yang dirakamkan oleh sejarah. Ironinya, pusat tumpuan kesihatan ini telah mencatatkan 45.6 kes bunuh diri per 100,000 orang. Tertinggi di abad ini.

Manusia adalah makhluk ikhtiar, segala-galanya memerlukan ikhtiar. Seorang ayah yang tidak berikhtiar mencari rezeki tidak akan dapat memberi sesuap nasi kepada anak isterinya. Seorang peniaga yang tidak berikhtiar membuka perniagaanya tidak akan memperoleh apa-apa pada hari tersebut. Seorang pelajar yang tidak berikhtiar hampir pasti tidak akan berjaya.

Allah menentukan segalanya, Allah berkuasa memberi tanpa kita pinta atau ikhtiarkan. Dia memberi kepada yang meminta mahupun yang tidak atas kehendaknya, tiada sesuatu dapat menghalang jika Dia berkehendak demikian. Itulah asas akidah yang perlu dipelajari dan dipegang teguh di hati sanubari umat islam. Atas alasan inilah kita di perintahkan oleh Allah melalui lisan Nabi  kita Muhammad صلى الله عليه وسلّم untuk bertawakal kepadaNya.

Ingin berkongsi cerita berkenaan usaha dan ikhtiar yang tersebut di dalam Alquran. Kisah Nabi Ibrahim cuba dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud. Dipendekkan cerita, Raja Namrud cuba membakar Nabi Ibrahim  selama 7 hari 7 malam, dan diperintahkan cicak-cicak untuk meniup api agar ia marak. Kayu pohon rhu dikumpulkan sebanyaknya untuk memarakkan lagi api membakar Nabi Ibrahim.

Usaha dan ikhtiar Raja Namrud untuk membakar Nabi Ibrahim memang sangat dahsyat. Mengikut logik akal kita yang cetek ini, sudah tentulah Nabi Ibrahim akan hangus dibakar tetapi kuasa Allah penentu segala. Dialah yang menyelamatkan Nabi Allah Ibrahim daripada kepanasan dan kuasa kehancuran api. Allah berfirman dalam surah Al-anbiya' ayat ke 69 :

"Allah berfirman wahai api, Jadilah engkau sejuk 
dan selamat keatas Nabi Ibrahim"

Itulah kuasa Allah, kepada mereka yang berikhtiar teruskan berikhtiar dan bertawakal kepada Allah. Baik dan buruk semuanya ditentukan olehNya. Sebesar-besar mana pun usaha kita tidak dapat menjanjikan apa yang kita kehendaki dan tidak dapat memberikan apa manfaat kepada kita tanpa izinNya. Mari sama-sama kita mengambil iktibar daripada penduduk negara Lithuania yang mereka hanya berpegang kepada usaha, apabila tidak mencapainya mereka tidak dapat menerima kenyataan dan membunuh diri mereka sendiri.Moga Allah jauhkan kita dan keluarga kita daripadanya.Nauzubillah.

Terima kasih.والله أعلم

Sunday, July 17

Kitab Allah vs Kitab JPJ


Bismillah.
Assalamualaikum.

Alquran adalah kitab suci yang diturunkan sebagai panduan bukan sahaja kepada muslim malahan kepada sesiapa sahaja yang bergelar manusia. Ia diturunkan melalui perantaraan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلّم kepada kita umat akhir zaman. Ia adalah manual kehidupan yang sangat lengkap, merangkumi segala aspek kehidupan kita, kitab yang datang daripada Allah سبحانه وتعالى pencipta yang menciptakan kita dan seluruh alam. Mana mungkin adanya cara hidup yang lebih sesuai melainkan apa yang telah tertulis di dalamnya.

Kitab JPJ pula adalah manual yang boleh dikatakan agak lengkap yang mengandungi kebanyakan undang-undang, peraturan dan etika di jalan raya. Tidak dapat tidak seorang yang ingin mengambil lesen memandu membaca, memahami dan menghafal apa yang tercatat di dalamnya. Rata-rata kesemua kita amat meneliti dan memberi fokus yang tinggi agar dapat menguasai undang-undang tersebut agar lulus, dan dapat dipraktikan di atas jalan raya.

Kehidupan manusia sebenarnya adalah perjalanan yang amat jauh, bermula daripada alam ruh, alam rahim, seterusnya alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Perjalanan yang terbentang dihadapan amatlah jauh beribu-ribu malahan jutaan tahun lamanya. Ke mana arah tujuan kita? sudah tentu adalah syurga Allah سبحانه وتعالى, kerana daripada syurga kita berasal (Nabi Adam عليه سلام) dan kepada syurga kita menuju. Perjalanan yang sebegini rupa sudah pasti terisi dengan banyak rintangan dan onar yang memerlukan kita kepada satu panduan iaitu Alquran.

Seperti Alquran yang mempunyai hukum-hakam seperti haram minum arak, judi dan zina. Wajib solat, zakat, puasa pada bulan ramadhan, dan haji bagi yang berkemampuan. Kitab JPJ juga mempunyai persamaan hukum yang berkait rapat dengan jalanraya salah satu contoh :

Lampu merah = Haram jalan
Lampu kuning = Makruh jalan
Lampu Hijau = Wajib jalan

Persoalan yang ingin dilontarkan disini adalah, kenapa jika sesuatu panduan yang berkait rapat dengan hal-hal dunyawi amat mudah kita ikuti dan amat mudah untuk kita cuba praktikan? manakala hal-hal hukum hakam yang terdapat di dalam Alquran amatlah sukar kita lakukan.Adakah kita kurang beriman kepada Alquran?. Alasan yang selalu diutarakan adalah hukum-hakam Alquran tidak sesuai digunakan lagi, kolot dan ketinggalan zaman. Tanpa sebab-sebab yang kukuh alasan-alasan yang diberikan adalah perkatan orang yang rosak imannya (bukan tidak beriman).Na'uzubillah.

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلّم

 تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابُ اللَّهِ ، وَسُنَّةُ نَبِيِّهِ

"Aku tinggalkan kepada kamu Dua perkara, kamu tidak akan sesat 
jika berpegang kepada keduanya ; Al-quran dan Sunnah"

Terima kasih .والله أعلم 

Friday, July 15

Rejoice, Ramadhan is coming.



Assalamualaikum, 

In the khutbah today, the imam again and again encourage us to do 'al-khair' goodness in the month of Sya'ban.  A month fill with 'barakah' blessings from Allah SWT. Albeit many virtue that can be practiced in this holy month, he stressed 'Al-soum'. Fasting with steadfast.

The messages in the khutbah are numerous, but only two of hadith our Prophet صلى الله عليه وسلّم which my humble ears can get specifically lock-on. Both hadith showed me the preparation must be done to greet the holiest month in Islam.


(لا يتقدمن أحدكم رمضان بصوم يوم ولا يومين ( رواه بخاري

"Anyone of you, do not greet Ramadhan
by fasting a day or two (near to it)"

The incentive is cleared,the hadith told us don't wait at the end of sya'ban to fast. Prepare ourself as early as possible. My low-class opinion if we fast before ramadhan the fast itself will train our mind and body to prepare for the coming month of trials. Also, if someone close to us and we want to cherish their visit to our home, we will  greet them will all our caliber.Thus we must treat Ramadhan as our most cherished guest by fasting!.

As we all know, on the month of Sya'ban our 'amal' will rises to Allah. Our Prophet صلى الله عليه وسلم loves to do when His 'amal' rises is fasting. Directly correlated with the hadith below :

(فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم (ابن حجر و النسائي

"I love when my 'amal' raises i'm fasting"

So Rejoice o believer, Ramadhan is coming. Lets ask Allah to lengthen our life to meet with Ramadhan this year. Ameen ya Allah. Happy fasting ;)

Wednesday, July 13

Diversity of perception

 a diamond or a cube?

Assalamualaikum, 

On Orthopedic clinical round, our professor was talking about symptomatology in orthopedic. He said that even though our physiological functions toward the pain mechanism are nearly the same as everyone, but he said that there's some variability in perceiving it. Theoretically it is proven by the different pain threshold that our body accustomed to each day. For example, our ancestors are accustomed to walk bare-footed regardless to the surface of the road, hot and cold, and even small prick will never bothers them. Look at us today, we can never walk without having to put our sandal on.

In a practical or clinical manner, my professor add one of his experience on how this diversity of perception can affect our daily job as future doctors. One man was still very sweaty from playing football, carried by five of his friends came to the clinic. He shouts and shouts saying "ana hamuut" ( i will die ). We can not do any clinical examination because when we do something as simple as palpating the site of the pain he will withdraws it. Worried because nothing that could be done to him, the prof simply ask his friends to go and get him a plain ankle X-ray.

After analyzing the X-ray, the prof just put some bandage and prescribe him with NSAID. He told the man to go home and have a good rest. There's nothing wrong actually!, only ankle sprain!. After one hour came an old man, he has some disturbance in his walking gait. Mild dipping gait, not so showy and only the prof can notice it. the old man was alone, walking and taking as much as three buses to get here as he is from country area "balad". 

Speaking calmly he share his story of the trauma, he said that he fell from his roof, and felt pain at his middle  left tibia. Without any grave expectation, the prof just want to make sure there is no bone involvement so he ask the old man to get a plain x-ray a-v view and lateral view of his left tibia. The old man walks out without any difficulties and go to the x-ray room. After awhile he comes back with the x-ray. The prof stare at the x-ray,he doesn't believe what he was seeing. 

Two simple words "Spiral Fracture" of the tibia.  One of the most painful fracture in Orthopedic,in regular patient he or she will need 5mg morphine just to kill the pain but the old man remains calm and remains not intrested and only said "iktibli dawa' 3ashan amshi" ( just prescribe me some medicine because i want to go home ). The prof ask him to be hospitalized and told him to prepare for open surgical repair of his fractured limb. The old man was in shock!.

That is how far the diversity of perception can be, the lesson for us to learn is everyone have their own perceptions on everything. We are dynamic, complex being that Allah SWT created as his "khalifah" on His world. Don't condemn others perceptions on any given issues. Learn form them, because no nobody is perfect, we are created in need for each other. Do not do bad things or harm them, give our love to them. Make our strength covers their weaknesses and their strength will be ours as well. Stand as one block strengthening each others as our Prophet صلى الله عليه وسلام said.

Thank you.

Tuesday, July 12

Pohon dan pucuk


Bismillah, Assalamualaikum.. ucapan penghormatan yang mulia.

Peristiwa ini berlaku kira-kira 30 tahun lepas, di mana seorang jejaka dan perawan ingin mendirikan rumah tangga. Jejaka menetap di hulu manakala perawan menetap di muara. Tidak lama sebelum janji di meterai ayahanda perawan terlalu ingin berjumpa ayahanda jejaka.Walau jauh berbatu-batu, bukan menjadi penghalangnya.

Perawan amat pelik dengan sikap ayahandanya yang sedemikian. Ayahanda perawan sangat alim orangnya, solat tidak tinggal, tidak berkata kesat, berbudi bahasa sesama kaum keluarga dan sahabat handai. Perawan pernah juga bertanya kenapa ayahandanya ingin sangat berjumpa dengan ayahanda jejaka secara berdepan.Akan tetapi, tiada jawapan yang diberikan, hanya menghulurkan senyuman.

Pabila sampai masanya, ayahanda perawan pun berangkat, berjalan menuju ke destinasi yang di nanti-nanti. Berbekalkan hanya secukupnya untuk perjalanan pergi, bekalan perjalanan pulang belum pasti cukupnya lagi. Anak sungai dilintas, Sungai yang luas direnang, denai dijejaki, dan dataran diterokai maka sampailah tempat yang diniati di hati,

Menghulurkan salam tanda beriman, bertandang masuk ke rumah yang serba indah bukan kerana perhiasannya tetapi kerana pancaran budi tuan rumah yang petah dalam menyusun kata. Makanan pun tidak seberapa, ubi bersama parutan kelapa menjadi jamuan mengisi perut yang berbunyi. Pabila Tuhan memanggil kedua ayahanda pergi menyahutnya di Masjid berdekatan.

Mereka berbual sehingga senja, bermalam pula untuk menghilangkan penat di dada. fajar subuh menyising menunjukkan bahawa waktu pulang sudah tiba, risau akan anak isteri yang di tinggalkan membuatkan permusafiran tidak boleh lama. Kedua ayahanda memeluk erat dan bersalaman tanda redha akan pilihan jejaka dan perawan.

Permusafiran balik terasa lebih sekejap daripada perginya kelmarin. Pabila sampai di rumah, disambut mesra oleh si ibu dan perawan. Hilang lelah melihat kemesraan yang ditujukan oleh keluarga yang sentiasa merinduinya.Dibisikan ke telinga perawan, "ayahanda bersetuju menyerahkanmu kepada jejaka, setelah ayahanda lihat ayahanda jejaka adalah seorang yang baik dan menjaga solatnya.Sambungnya lagi,

"jika pohonya tunduk sudah hampir pasti pucuknya akan tunduk jua"
perawan bertanya, "tunduk apakah yang ayahanda maksudkan"
ayahanda menyahut "As-solah"

Yang baik dari Allah.
Related Posts with Thumbnails