Wednesday, July 27

6 Balasan Beristighfar

Bismillah
Assalamualaikum



Dalam surah Nuh ayat ke-10 hingga ke-12 Allah memberitahu kita balasan beristighfar. Setiap balasan akan diulas mengikut ayat secara ringkas.

"Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, 
sesungguhnya Ia Maha Pengampun"

Pertama : Allah akan memberikan keampunan kepada kita dan kepada sesiapa yang Dia kehendaki kerana Allah Maha Pengampun.

"(jika kamu beristighfar) Ia akan menghantarkan hujan lebat
 mencurah-curah, kepada kamu"

Kedua : Allah akan menurunkan rezeki daripada langit berupa hujan yang mencurah-curah . Kerana Allah adalah Maha Pemberi Rezeki.



"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya 
harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi 
kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu
 sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)"

Ketiga : Kepada faqir miskin dan yang memerlukan jika beristighfar Allah akan memberi mereka rezeki.

Keempat : Sebagai penawar kepada kesusahan mendapat anak dan kemandulan. Subhanallah.

Kelima : Balasan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi untuk mereka yang beristighfar. Ini merupakan balasan yang paling besar. Adakah balasan yang lebih besar daripada syurga Allah?!.

Keenam : Allah akan memberikan sungai-sungai di dalam syurga kepada para mustaghfirin dan mereka akan kekal di dalamnya.

Jom istighfar~!

Related Posts with Thumbnails